Manifesto Pembangkang Melaka Hanya Janji Kosong - Ali Rustam

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan manifesto tambahan pakatan pembangkang negeri itu yang dilancarkan malam tadi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai satu manifesto kosong dan tidak mempunyai sebarang objektif.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata kesemua manifesto yang disenaraikan telah lama dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kebajikan rakyat negeri itu.

Katanya manifesto termasuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat, menaik taraf sistem pengangkutan awam dan insentif anak muda melanjutkan pelajaran telah dilaksanakan BN, malah lebih baik berbanding negeri yang diperintah pembangkang.

"Setakat dia nak lancar manifesto meniru apa yang kita buat, yang kita dah berjaya, tak ada apalah manifesto tu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) fasa empat bagi Parlimen Bukit Katil di sini Rabu.

Seramai 1,890 orang dari parlimen itu menerima bantuan membabitkan jumlah keseluruhan RM945,000. Mengulas mengenai pencalonan beliau bertanding di Parlimen Bukit Katil, Mohd Ali berkata, ia salah satu cara bagi membantu negeri Melaka mendapat pelbagai bantuan demi rakyat.

Ditanya berhubung pengganti beliau sebagai Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali berkata beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sekarang, kena menang pilihan raya dulu, saya percaya siapa pun yang menggantikan saya akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan akan mendapat sokongan daripada semua pihak dan tentulah saya akan memberi sokongan yang lebih kuat," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ali berkata calon-calon yang diumumkan BN Melaka semalam mendapat reaksi positif daripada anggota parti dan rakyat negeri itu.

Dalam perkembangan lain, DAP Melaka sehingga kini masih gagal mengumumkan calon PRU13 di Melaka meskipun penamaan calon berbaki hanya tiga hari.

Pihak media pada awalnya dimaklumkan mengenai pengumuman calon itu di Ibu Pejabat DAP Melaka di Lorong Pandan di sini pada 2 petang tadi, namun hampa apabila Pengerusi DAP negeri Goh Leong San memaklumkan pengumuman penuh calon akan dibuat selewat-lewatnya Jumaat.

Menurut Goh, penangguhan itu ekoran DAP belum memutuskan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana. "Sehingga kini, kita telah memuktamadkan pemilihan calon bagi dua kerusi Parlimen iaitu Kota Melaka dan Alor Gajah dan tujuh kerusi DUN iaitu Kesidang, Banda Hilir, Duyong, Bemban, Kelebang, Ayer Keroh dan Bachang," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Pada PRU12, DAP bertanding di dua kerusi Parlimen dan lapan DUN dan berjaya memperoleh satu kerusi Parlimen iaitu Kota Melaka dan lima kerusi DU N(Kota Laksamana, Bachang, Kesidang, Banda Hilir dan Ayer Keroh) - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan