KPN Beri Amaran Keras Kepada 'Pengacau' Hari Penamaan Calon

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi amaran keras bahawa pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang dilihat sengaja atau cuba mencetuskan kekecohan semasa hari penamaan calon Sabtu ini.

"Mereka yang berkenaan jangan nak cari pasal, sengaja hendak buat kacau. Bagi masyarakat takut nak buat apa? Apa tujuan sebenarnya?.

"Jangan sengaja mencabar pihak polis. Polis bertanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam, mencabar dan melawan polis adalah satu kesalahan di sisi perundangan negara," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani bersama ktua-ketua polis daerah, jabatan dan pegawai sempena lawatan kerjanya itu.

Ismail meminta pihak yang merancang untuk mencetuskan kekecohan agar melupakan rancangan mereka kerana ia tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Beliau berkata polis akan bertindak berlandaskan perundangan negara selain bersikap tegas dan adil kepada semua pihak tanpa memihak kepada sesiapa yang melakukan kesalahan.

"Saya yakin sekiranya semua orang bertanggungjawab, pasti pergaduhan atau sebarang kejadian yang tidak diingini tidak akan berlaku," katanya.

Jelasnya, sejak pembubaran Parlimen, memang terdapat insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan terdapat pergaduhan kecil, namun setakat ini keadaan masih terkawal dan kes berkenaan dalam siasatan.

"Kita juga sudah mengenal pasti individu terbabit dan ada juga yang telah ditangkap serta didakwa di mahkamah. Tindakan segera diambil bagi membendung kes itu daripada berlarutan," katanya.

Ismail turut mengingatkan penyokong parti dan calon yang bertanding agar akur dengan nasihat polis khususnya pada hari penamaan calon, sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian pada 5 Mei.

"Hormatilah perlembangaan perundangan negara kita. Jangan buat perkara yang boleh mendatangkan pergaduhan dan merosakkan keamanan awam," katanya.

Beliau berkata polis telah membuat persiapan rapi dari segi kawalan termasuk lalu lintas di sepanjang jalan menuju pusat penamaan calon, bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya melancarkan proses pada hari tersebut.

Di Pahang, sebanyak 28 kes berkaitan pelbagai kesalahan dilaporkan sejak 4 April sehingga semalam, namun tiada tangkapan dilakukan, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan