Kit Siang Ramal Peluangnya Di Gelang Patah Hanya 45 %

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

JOHOR BAHARU: Penasihat DAP Lim Kit Siang mengambil pendekatan sebagai 'underdog' di dalam pertembungannya dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.

Walaupun menjangkakan pertarungan di antara DAP dan Barisan Nasional (BN) di kerusi panas Gelang Patah itu akan berlangsung dengan sengit, tetapi beliau meramalkan ia akhirnya akan memihak kepada Abdul Ghani.

"Saya meramalkan peluang saya (untuk menang) di kerusi Parlimen Gelang Patah adalah 45 peratus, berbanding 55 peratus bagi Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman senarai calon-calon DAP bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini.

Selepas digembar-gemburkan sebelum ini, semalam Abdul Ghani pada majlis pengumuman calon-calon BN di Johor mengesahkan beliau akan mencabar penasihat DAP itu di kerusi Parlimen Gelang Patah di dalam pertarungan yang disifatkan sebagai 'Titanic Battle' pada PRU13 ini.

Abdul Ghani yang memegang jawatan sebagai menteri besar selama empat penggal mulai 1995 sebelum ini bertanding di kerusi DUN Serom, manakala Kit Siang pula merupakan penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan