Ketua Cabang PKR Tapah Tanding Calon Bebas

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tapah, Ridzuan Bani, 49, (tengah) menunjukkan set borang kertas penamaan calon untuk bertanding di Parlimen Tapah sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ketika ditemui pemberita di Pejabat PKR di Taman Bukit Hijau di Tapah pada Rabu.-Foto BERNAMA
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tapah, Ridzuan Bani, 49, (tengah) menunjukkan set borang kertas penamaan calon untuk bertanding di Parlimen Tapah sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ketika ditemui pemberita di Pejabat PKR di Taman Bukit Hijau di Tapah pada Rabu.-Foto BERNAMA

TAPAH: Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR)dilihat semakin parah dan bergolak apabila Ketua Cabang Tapah Ridzuan Bani mengumumkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tapah sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata tindakan itu diambil berikutan PKR tidak mengambil kira kemahuan penduduk setempat dengan memilih calon yang tidak disukai dan tidak mempunyai peluang untuk menang.

"Penduduk setempat kurang senang dengan calon yang dipilih iaitu pemimpin Hidraf K. Vasantha Kumar...pemimpin yang dipilih seharusnya mereka yang bersih, adil dan amanah serta tidak terlibat dengan penyelewengan.

"Saya tidak pernah bertanding tetapi saya sedia untuk bertanding kali ini setelah mendapat permintaan daripada akar umbi malah saya yakin akan dapat mengalahkan calon PKR itu," katanya kepada pemberita di pejabat PKR di Taman Bukit Hijau di sini Rabu.

Beliau turut menyuarakan kekesalan terhadap pimpinan tertinggi PKR yang menurutnya tidak mengendahkan kemahuan akar umbi selain tidak bijak meletakkan calon yang seharusnya berwibawa.

Bagi mengumpul dana sempena penamaan calon dan kempen, beliau akan menjual kenderaan pacuan empat rodanya dan mengutip derma daripada penduduk tempatan.

Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk M. Saravanan bagi mempertahankan kerusi Parlimen itu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 mengalahkan calon PKR, Tan Seng Toh dengan majoriti 3,020 undi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan