Kemenangan BN di Selangor Penting Untuk Malaysia Capai Status Negara Maju - PM

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak bersama calon-calon dan jentera BN melaungkan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak bersama calon-calon dan jentera BN melaungkan "Hidup Barisan" selepas membentangkan Manifesto BN Untuk Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini malam ini. Bertemakan 'Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran' menjanjikan masa depan gemilang Selangor, menggariskan tujuh teras dan 56 akujanji kepada penduduk Selangor. --fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) perlu menguasai semula Selangor bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat negeri ini, malah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata ini kerana Selangor yang terletak di Lembah Klang menyumbang peratusan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sekali gus boleh memacu negara menjadi sebuah negara maju pada masa depan.

Beliau berkata jika BN tidak dapat menguasai Selangor, kerajaan Pusat sukar untuk memastikan kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang diperlukan Malaysia bagi mencapai status negara maju.

"Masalah bekalan air di Selangor (misalnya) satu perkara yang serius kerana ia boleh merosakkan pertumbuhan ekonomi Selangor dan Kuala Lumpur yang terletak di Lembah Klang yang strategik.

"60 peratus GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) dari Lembah Klang, jadi potensi menjadi negara maju bergantung kepada Selangor sebab peratus GDP di Selangor begitu besar," katanya ketika merasmikan Aku Janji BN Selangor di sini, malam Rabu.

Sehubungan itu, Najib mengajak pengundi di Selangor untuk memilih BN pada pilihan raya umum 5 Mei ini bagi memastikan masa depan yang lebih baik kepada mereka.

Beliau berkata rakyat perlu menilai kegagalan kerajaan pakatan pembangkang menunaikan janji mereka selama lima tahun mentadbir Selangor berbanding kejayaan Kerajaan Pusat memenuhi serta menepati keperluan rakyat menerusi pelbagai dasar dan inisiatif.

"Saya yakin dan percaya kalau persoalan yang dibangkitkan dalam minda setiap pengundi di Selangor, kalau boleh lihat kegagalan mereka (kerajaan pakatan pembangkang) memenuhi janji selama lima tahun jika dibandingkan dengan kejayaan kita menepati janji di Pusat.

"Saya beri jaminan pencapaian yang sama (dalam menepati janji kepada rakyat) akan kita saksikan di Selangor di bawah pemerintahan BN," katanya.

Najib turut mempersoal banyak janji kerajaan pakatan pembangkang yang masih tidak ditunaikan seperti elaun khas bulanan kepada ibu tunggal, pengurangan cukai pintu 20 peratus serta elaun RM75 sebulan kepada anak-anak yang dihantar ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak.

Najib percaya calon-calon BN yang dipilih untuk bertanding di 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor mampu membawa perubahan serta dapat menunaikan segala aku janji kepada rakyat negeri ini.

"Dengan penuh rendah diri, saya bagi pihak BN Selangor ingin nyatakan kepada rakyat Selangor, inilah pasukan yang menjadi harapan saya untuk membawa transformasi kepada Selangor... pasukan yang memenuhi harapan rakyat, membawa perubahan dan menentukan Selangor akan maju dengan lebih hebat di bawah BN," katanya.

Perdana Menteri berkata sebagai Pengerusi BN dan ketua kerajaan, beliau akan memastikan setiap aku janji parti itu akan ditepati jika BN memerintah kembali Selangor.

"Walaupun saya tidak jadi Menteri Besar Selangor kerana saya akan bertanding di Pekan (Pahang), sebagai Perdana Menteri saya akan meneliti dengan begitu serius, mengawasi serta memantau agar semua Aku janji ditepati oleh barisan wakil rakyat (BN)," katanya.

Pada masa sama, Najib berharap pengundi Selangor bijak memilih kerajaan yang mampu menunaikan janji dan tidak tertipu sekali lagi dengan janji-janji pakatan pembangkang dalam tempoh lima tahun lepas.

Najib percaya calon-calon BN yang dipilih untuk bertanding di 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor mampu membawa perubahan serta dapat menunaikan segala aku janji kepada rakyat negeri ini. "Dengan penuh rendah diri, saya bagi pihak BN Selangor ingin nyatakan kepada rakyat Selangor, inilah pasukan yang menjadi harapan saya untuk membawa transformasi kepada Selangor... pasukan yang memenuhi harapan rakyat, membawa perubahan dan menentukan Selangor akan maju dengan lebih hebat di bawah BN," katanya.

Perdana Menteri berkata sebagai Pengerusi BN dan ketua kerajaan, beliau akan memastikan setiap aku janji parti itu akan ditepati jika BN memerintah kembali Selangor. "Walaupun saya tidak jadi Menteri Besar Selangor kerana saya akan bertanding di Pekan (Pahang), sebagai Perdana Menteri saya akan meneliti dengan begitu serius, mengawasi serta memantau agar semua Aku janji ditepati oleh barisan wakil rakyat (BN)," katanya.

Pada masa sama, Najib berharap pengundi Selangor bijak memilih kerajaan yang mampu menunaikan janji dan tidak tertipu sekali lagi dengan janji-janji pakatan pembangkang dalam tempoh lima tahun lepas.

Perdana Menteri berkata rakyat Selangor sudah serik dengan janji-janji kosong kerajaan pakatan pembangkang yang disifatkannya sebagai 'orang munafik' kerana memungkiri janji.

Najib turut mengumumkan, antara perkara utama dalam Aku janji BN Selangor iaitu sambungan pajakan tanah secara automatik akan dipertimbangkan dan menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di 14 pihak berkuasa tempatan (PBT).

PAKAR adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat dan memperkasakan sistem maklum balas kerajaan dan memudahkan pelaksanaan manifesto BN Selangor. "Manifesto (Aku janji) dianggap sebagai janji... kalau kita anggap sebagai janji, manifesto bukanlah satu dokumen yang boleh dipermainkan atau dipermudahkan oleh sesiapa. "Kalau manifesto itu bukan janji, saya nak tanya? Apa gunanya bentang manifesto kepada rakyat? Rekod BN tunaikan janji tidak boleh dipertikaikan lagi, malah penganalisis politik dan ekonomi mengakui kerajaan BN telah membawa perubahan besar berdasarkan kepada program transformasi nasional. "Ekonomi negara berkembang dengan lebih pesat dan kita menambahkan lagi keyakinan kepada rakyat bahawa kekayaan negara meningkat dengan kadar yang dikagumi dunia," katanya.

Aku janji BN Selangor adalah berdasarkan tujuh teras dan 56 janji dengan tema 'Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran'.

Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan