Isu Calon MB Masih Awal - Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata masih terlalu awal untuk membangkitkan isu calon Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali negeri ini.

Menurut Mukhriz, beliau sendiri perlu menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Ayer Hitam yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei nanti sebelum isu calon Menteri Besar diperkatakan.

"Masih belum sampai masanya lagi. banyak perkara perlu berlaku antaranya seperti saya sendiri kena menang...dan kita kena menangkan negeri.

"Selepas itu keputusan (untuk menentukan bakal Menteri Besar) di tangan Perdana Menteri serta kemudiannya calon itu perlu mendapat perkenan Sultan Kedah," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman calon BN Kedah di sini, Selasa.

Mukhriz yang juga bekas ahli Parlimen Jerlun selama satu penggal tidak akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU 2008.

Mengulas lanjut mengenai pertukaran kerusi yang akan ditandinginya itu, Mukhriz berkata ia dilihat sebagai sebagai peluang kepadanya untuk kembali berkhidmat di Kedah.

"Ini peluang bagi saya untuk balik ke Kedah. Ia juga merupakan peluang untuk saya berkhidmat sekiranya menang.

"Tetapi saya selalu ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan lain bahawa kita bergerak sebagai satu pasukan, kita bukan nak menangkan individu sahaja...tetapi parti," katanya.

Pada PRU 2008, Mukhriz menang kerusi Parlimen Jerlun dengan majoriti selesa iaitu sebanyak 2,205 undi mengalahkan wakil PAS, Idris Ahmad yang memperoleh 17,219 undi.

Sementara kerusi DUN Ayer Hitam yang bakal ditandingi Mukhriz ini milik wakil PAS, Abg Ghani Ahmad setelah memenanginya pada 2008 dengan mendapat 10,652 undi mengalahkan calon BN, Datuk Othman Aziz.

Othman tewas dengan majoriti kecil sebanyak 506 undi.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan