Ibu Noh Omar Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Ibu kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Basah Din, 62, meninggal dunia kerana sakit darah tinggi pada kira-kira 10 malam Selasa.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 2 Sungai Burong di sini pada kira-kira 10.30 pagi ini selepas disembahyangkan di kediaman Noh di sini.

Allahyarham yang menetap bersama adik tiri Noh di Sungai Buloh, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor serta calon BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Karang, ketika ditemui pemberita di sini berkata ibunya berada dalam keadaan lemah secara tiba-tiba ketika sedang menunaikan solat maghrib pada Selasa.

"Kali terakhir saya jumpa arwah dua minggu lepas dan arwah ada nyatakan mahu kembali dan menetap di rumah ini.

"Ibu saya ada juga tanya sama ada saya masih jadi calon, saya jawab belum pasti dan minta dia doakan dan kata arwah InsyaAllah saya dapat sebab sudah kerja keras" katanya.

Noh berkata beliau diberitahu adiknya bahawa arwah ibu mereka sempat menonton siaran berita bagi memastikan beliau sah dipilih menjadi calon walaupun telah dimaklumkan oleh adiknya.

"Saya percaya doa ibu antara faktor saya masih dipilih menjadi calon untuk pilihan raya umum ke-13 ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan