Fadillah Yusof Impikan Majoriti Lebih Besar Sebagai Hadiah Hari Jadi ke-51

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Fadillah Yusof
Datuk Fadillah Yusof

KUCHING: Rabu merupakan hari yang sangat istimewa untuk penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof, bukan sahaja kerana terpilih sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi itu malah merupakan hari jadi beliau.

Ketika ramai anggota media mengucapkan selamat hari jadi kepadanya, beliau dengan pantas berkata, "Simpanlah ia sebagai hadiah untuk saya pada 5 Mei ini."

Tarikh keramat itu merupakan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 dan Fadillah, yang merupakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, mengimpikan majoriti lebih besar pada pilihan raya itu sebagai hadiah hari lahirnya.

"Saya mengucapkan terima kasih untuk semua ucapan selamat hari jadi itu, tetapi tolong simpan hadiahnya dan berikan kepada saya hanya pada 5 Mei ini," kata anggota parlimen berusia 51 tahun itu.

Pada pilihan raya umum ke-12 2008, Fadillah mempertahan kerusi Petra Jaya dengan majoriti 14,397 undi selepas memenanginya buat kali pertama pada 2004 dengan majoriti undi 12,816. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan