Empat Muka Baru di Bagan Mampu Beri Saingan Kepada Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Empat muka baharu yang diletak Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kawasan Parlimen Bagan serta tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN) di situ, dilihat mampu menggugat pembangkang.

Walaupun baru pertama kali akan bertanding, mereka telah menunjukkan prestasi yang baik dari segi perkhidmatan kepada rakyat yang majoritinya keturunan Tionghua, kata Pengerusi MCA Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

"Jentera pilihan raya kita kali ini bukan sahaja kuat tetapi juga bergerak secara bersatu padu," katanya kepada pemberita, di sini malam Selasa.

Bagi kerusi Parlimen Bagan, BN mempertaruhkan Ketua Pemuda MCA Bagan David Chua Teik Siang, manakala untuk DUN Sungai Puyu dan Bagan Jermal pula masing-masing akan ditandingi Sum Yoo Keong dan Tan Chuan Hong.

Wakil MIC, Karuppanan M. Malairaja akan bertanding di DUN Bagan Dalam. Bagan yang sebelum ini dikenali sebagai Mata Kuching dianggap kubu kuat pembangkang di Pulau Pinang sejak 1986 selepas wakil sebelum itu, Tun Ling Liong Sik yang menguasainya sejak 1974, berpindah ke kerusi Parlimen Labis pada 1986.

Sementara itu, Chua berkata BN mempunyai peluang untuk menang di kawasan berkenaan kerana majoriti penduduk tidak berpuas hati dengan kegagalan DAP menunaikan janji manifesto pilihan raya 2008, terutama membabitkan isu tol Sungai Nyior.

Masyarakat setempat yang masih membayar 50 sen setiap kali melalui tol itu dalam tempoh lima tahun ini telah berputus asa dengan janji-janji kosong parti pembangkang, katanya yang ditemui di Bilik Gerakan MCA di MCA Bagan, di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan