Calon PRU-13: Kredibiliti Suami Beri Inspirasi Pada Azizah

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja, Datin Azizah Zakaria menyifatkan kredibiliti suaminya Datuk Mohamad Aziz menjadi pembakar semangat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Azizah yang juga isteri kepada bekas Ahli Parlimen Sri Gading selama enam penggal itu yakin pengalaman melihat kepimpinan suaminya memberi inspirasi kepada beliau dalam mengalas tanggungjawab tersebut.

"Ketika diberitahu nama saya tersenarai, dia adalah orang paling teruja dan merancang apa yang perlu dilakukan selepas ini.

"Alhamdulillah, dia akan sentiasa akan menjadi sumber inspirasi dan pemimpin saya di rumah dan di luar," katanya ketika ditemui pada Majlis Memperkenalkan Calon BN Parlimen Sri Gading, di sini.

Tambahnya, dia akan menggunakan peluang dan kepercayaan yang diberi oleh pucuk pimpinan dalam membantu kemenangan BN pada PRU-13 yang akan berlangsung pada 5 Mei ini.

Sementara itu, ibu kepada 11 orang cahaya mata ini turut yakin mampu membahagikan masa antara kepentingan keluarga dan rakyat jika dipilih sebagai wakil rakyat daerah itu.

"Saya sudah biasa dengan situasi begini kerana saya dibesarkan dalam keluarga politik, suami saya juga orang politik.

"Sekarang anak bongsu juga sudah bekerja di Kuala Lumpur, jadi saya boleh tumpukan perhatian kepada kepentingan rakyat, suami saya memberi restu dan sokongan sepenuhnya," katanya.

Selain Azizah di DUN Parit Raja, Datuk Ab Aziz Kaprawi dicalonkan bertanding di Parlimen Sri Gading, manakala Yiaw Tiow Yuan calon bagi DUN Parit Yaani.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan