Calon BN Setiawangsa Tekad Bela Nasib Bekas Tentera & Polis

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Fauzi Zahari, calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Setiawangsa, bertekad untuk memastikan kebajikan penduduk di kawasan itu, terutama anggota tentera dan polis diberi perhatian.

Naib Ketua Umno Bahagian Setiawangsa itu berkata beliau begitu memahami masalah penduduk di kawasan itu kerana banyak membantu bekas Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique sejak 1998.

Antara isu yang perlu diberi perhatian di kawasan itu yang turut menempatkan dua Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan Kem Padang Tembak untuk anggota Kementerian Pertahanan ialah isu perumahan mampu milik, katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Ahmad Fauzi, 50, seorang ahli perniagaan berkata antara visinya ialah untuk melihat lebih banyak projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan rumah pangsa kos rendah didirikan di kawasan itu, khususnya untuk bekas polis dan tentera yang telah banyak berjuang untuk tanah air.

Walaupun kerajaan Barisan Nasional telah mewujudkan projek PR1MA bagi menyelesaikan masalah pemilikan rumah mampu milik bagi golongan belia di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, beliau berharap projek tersebut dapat diwujudkan untuk anggota dan bekas anggota pasukan keselamatan. Parlimen Setiawangsa, yang mempunyai 62,355 pengundi dengan hampir 20 peratus meliputi anggota polis dan tentera, sebelum ini disandang Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang merupakan bekas juruterbang tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak pilihan raya umum 2004.

Ahmad Fauzi juga berkata Zulhasnan yang juga Ketua Umno bahagian Setiawangsa telah menyatakan komitmennya untuk membantu beliau sepanjang berkempen bagi memastikan kerusi Setiawangsa kekal di tangan BN.

Beliau juga berkata usaha Zulhasnan membangunkan kawasan itu sejak dua penggal telah mewujudkan satu "jenama" positif bagi BN, dan usaha itu akan diteruskannya.

"Segala yang beliau (Zulhasnan) dah buat saya akan teruskan, tapi sekiranya ada yang perlu ditambah kita akan buat penambahbaikan," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan memastikan hati pengundi muda dapat ditawan memandangkan ia faktor penentu di Setiawangsa.

Menyedari kecenderungan generasi muda dalam dunia politik, Ahmad Fauzi berharap mereka dapat membuat pilihan terbaik demi masa depan mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan