Calon BN DUN Manjoi Nafi Dakwaan Jadi Ahli PAS

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed menafikan dakwaan PAS bahawa beliau adalah anggota parti itu.

Calon muka baru yang berumur 38 tahun itu menganggap dakwaan PAS itu sebagai satu provokasi.

Bendahari Umno bahagian Tambun itu berkata beliau menyertai Umno kira-kira 10 tahun lepas.

"Saya tidak pernah percaya kepada perjuangan PAS. Saya yakin dengan perjuangan BN," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohamad Ziad mengulas dakwaan Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss bahawa beliau adalah anggota PAS.

Raja Iskandar dalam sidang media pada Rabu berkata menurut rekod, Ziad mendaftar sebagai anggota PAS pada tahun 1997 dan keanggotaannya dalam parti gugur secara automatik setelah dinamakan sebagai calon BN semalam.

Mohamad Ziad adalah antara 40 calon muka baru pilihan raya umum ke-13 di Perak yang diumumkan oleh Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan