BN Kedah Akan Selesai Masalah Tak Puas Hati Terhadap Calon

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah menyifatkan masalah tidak puas hati berhubung pemilihan calon adalah isu biasa pada setiap pilihan raya dan yakin isu itu dapat diatasi dalam masa terdekat.

Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perkara itu timbul apabila calon mereka tidak dipilih bertanding di kawasan mereka dan BN Kedah akan menjelaskan sebab calon lain dipilih.

Anggota parti perlu percaya terhadap transformasi yang dibawa Pengerusi B NDatuk Seri Najib Tun Razak dan jika ada segelintir yang tidak menyokong transformasi ini, bagaimana perkara itu dapat disampaikan kepada rakyat, katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa ribut di Taman Wira A dan B, Mergong di sini, berkata BN Kedah masih mempunyai masa untuk menangani isu protes itu.

Pada pilihan raya umum kali ini BN Kedah meletakkan 26 muka baharu. Kedah mempunyai 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi dewan undangan negeri. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan