Ajaran Sesat 'Tuhan Harun' Sebar Sistem Pengajian Mirip Universiti

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat "Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abd Malik, berkata ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai 'Universiti Universal Overhead God' kepada lebih 300 pengikutnya.

Katanya, Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu 'Intake baru' diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat 'Doktorat', dan tahap paling tinggi dinamakan 'Doctor World of God' yang dikatakan setaraf PhD. "Hasil siasatan mendapati Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan. "Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor," kata Mohd Raffli kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata, JAIP juga sudah menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam di seluruh negara dalam usaha menjejaki ahli kumpulan ajaran sesat terbabit.

"Harun akan dituduh di bawah beberapa peruntukan Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 iaitu Seksyen 162 mengajar ajaran salah, Seksyen 164 mencetak, menerbit, mengedarkan dokumen yang salah, Seksyen 165 memiliki dokumen yang salah dan Seksyen 170 menghina agama Islam. "Pengikutnya pula akan dituduh mengikut Seksyen 186 kerana bersubahat dengan Harun terhadap semua kesalahan itu," katanya.

Mohd Raffli berkata, JAIP juga mengadakan program khas Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, semalam, kepada semua pengikut Harun yang ditahan bertujuan memberikan penerangan, kesedaran, keinsafan dan pemulihan kepada mereka.

Difahamkan Harun akan dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 24 April depan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan