Abdul Ghani 'Lega' Dapat Lepas Jawatan Menteri Besar

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Datuk Abdul Ghani Othman pada Rabu menyangkal dakwaan pembangkang bahawa beliau diletak bertanding di kerusi parlimen kerana Umno tidak mahu lagi beliau menjadi Menteri Besar Johor.

Sebaliknya kata Abdul Ghani beliau berasa gembira kerana bakal dapat melepaskan jawatan itu.

"I'm happy to finish off as menteri besar. (Saya gembira kerana dapat mengakhiri tugas di peringkat negeri sebagai Menteri Besar).

"Saya lega kerana telah cuba menyempurnakan amanah yang diserah kepada saya sebaik mungkin dan saya dapat buat sepanjang empat penggal sebagai Menteri Besar," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau mengulas dakwaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang pada satu ceramah berkata Abdul Ghani diletak bertanding di kerusi Parlimen Gelang kerana Umno tidak mahu lagi beliau sebagai menteri besar.

Pada pilihan raya umum kali ini, Abdul Ghani yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Serom, akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah menentang Lim.

Mengulas pencapaiannya sepanjang menjadi menteri besar sejak 1995, Abdul Ghani berkata Johor melalui perubahan secara holistik iaitu menikmati kestabilan dari segi hubungan masyarakat dan juga ekonomi.

"Ini telah menjadi asas yang begitu kuat kepada negeri Johor untuk menempa kemajuan yang jauh lebih cemerlang," katanya.

Mengenai menteri besar baru, Abdul Ghani berkata beliau yakin rakyat akan memberi sokongan padu kepada siapa juga yang akan dilantik menggantikannya jika Barisan Nasional (BN) kembali menguasai Johor.

Ditanya perasaannya bakal berdepan dengan 'orang kuat' DAP di Gelang Patah, Abdul Ghani berkata beliau akan memikul amanah yang diberi pucuk pimpinan BN itu sebaik mungkin.

Walaupun ada usaha pembangkang untuk memecahbelahkan persefahaman dan perpaduan di negeri Johor pada pilihan raya umum ke-13 ini, rakyat akan ikut 'cara Johor' iaitu terus memilih BN sebagai parti pilihan mereka, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan