Abby Abadi, Aishah Contoh Selebriti Berani Sokong Pas - Kamaruddin Jaffar

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Pelakon Abby Abadi dan penyanyi Aishah merupakan antara empat golongan yang semakin menyokong PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berbanding pilihan raya umum (PRU) terdahulu.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS) berkata, selain artis empat golongan itu termasuklah anak-anak muda, bekas tentera dan polis dan bekas menteri.

"(Empat) kumpulan yang menyokong kita adalah berbeza berbanding dalam pilihan raya sebelum ini seperti golongan artis yang diwakili oleh Abby Abadi pada malam ini.

"Tahun ini... Alhamdulillah cukup ramai artis bersama kita berbanding pilihan raya sebelum ini. Pada pilihan raya 1999 sudah ada dah, tapi PRU-13 ini artis-artis mula menyokong kita secara terbuka termasuk Abby Abadi dan juga Aishah yang akan menjadi calon PAS di Parlimen Jempol," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena majlis melancarkan kempen 'K' (Kekal) di peringkat Tumpat di Kota SPP Warisan di sini, malam Selasa.

Abby Abadi merupakan antara penceramah jemputan selain Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat, Rusli Abdullah.

Kamaruddin berkata, ia merupakan suatu perubahan besar kerana golongan artis menyedari martabat, maruah dan peranan mereka jauh lebih tinggi daripada sekadar hiburan 'murahan', berkepentingan yang hanya bertujuan untuk suka-suka dan gembira sahaja.

"Tetapi tidak, seperti mereka (Abby Abadi dan Aishah) mempunyai nilai dan prinsip hidup, ada pegangan agama yang kuat. Tahun ini mereka sanggup terbuka (menyokong PAS) dan ada yang sanggup menjadi calon parti PAS bertanding,” katanya.

Difahamkan, segelintir hadirin menunggu kemunculan istimewa Abby Abadi yang dikhabarkan bakal diumumkan sebagai calon PAS untuk bertanding pada PRU-13 sekali gus mengikuti jejak Aishah.

Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat mengenainya sehingga majlis itu selesai pada lewat malam Selasa.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan