43, 667 Kes Bankrap Didaftarkan Dari 2011 - Mac Lepas - Nazri Aziz

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 43,667 kes bankrap didaftar di Jabatan Insolvensi bagi tempoh 2011 hingga Mac tahun ini, yang mencatatkan peningkatan kira-kira 19,000 kes dalam tempoh itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sepanjang 2012 sebanyak 19,575 kes bankrap didaftar yang menunjukkan peningkatan 408 kes berbanding tahun sebelumnya.

Bagi tiga bulan pertama tahun ini, ia mencatatkan 4,925 kes bankrap. "Kes kebankrapan ini dibahagikan mengikut kelompok umur iaitu 25 hingga 34 tahun, 35 hingga 44 tahun, 45 hingga 54 tahun, 55 tahun ke atas dan 25 tahun ke bawah.

"Individu daripada peringkat umur 35 hingga 44 tahun adalah golongan paling ramai bankrap apabila mencatat 15,776 orang," katanya ketika berucap melancarkan 1Malaysia Fix Capital Xcess (1MFX) Program Res-Q: Peluang Kedua Untuk Atasi Bankrap di Bangunan Parlimen di sini Rabu.

Bagi kelompok individu berumur 25 tahun ke bawah, seramai 171 orang diisytihar bankrap pada 2011 manakala 130 orang pada tahun lepas dan 54 orang bagi tiga bulan pertama tahun ini, katanya. 1MFX dilancarkan untuk menyediakan rangkaian pengurusan kewangan secara profesional dan menguruskan isu kebankrapan berorientasikan khidmat pelanggan sepenuhnya.

Misi 1MFX bertujuan memberikan perkhidmatan terbaik bermula dari pelan penyelesaian yang lebih realistik, strategi pembayaran balik hutang sehingga ke platform pengurusan kes.

Individu yang menepati kriteria yang dikehendaki 1MFX seperti warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, mempunyai nilai hutang tidak melebihi RM1 juta dan berstatus bankrap kurang atau tidak melebihi lima tahun digalakkan mendaftar untuk Program Res-Q.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web www.1mfx.my. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan