Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Kejadian Pengeboman Maraton Boston - Wisma Putra

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian pengeboman semasa acara larian Maraton Boston di Massachusetts, Amerika Syarikat.

Kenyataan Kementerian Luar pada Selasa menyebut kementerian itu sedang memantau perkembangan kejadian itu dan akan memaklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa.

Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York boleh dihubungi di talian +1-2124902722 dan +19179696700.

Dalam kejadian jam 3 petang Isnin waktu tempatan, dua bom meletup tidak jauh dari garisan penamat acara larian Boston Marathon, diikuti letupan kedua yang berlaku 10 saat kemudian menyebabkan tiga kematian, 134 cedera, dengan 17 orang dalam keadaan kritikal manakala 25 orang lagi mengalami kecederaan serius.

Menurut Wisma Putra, laporan awal menunjukkan pengebom menggunakan peralatan kecil dan tiada tanda-tanda bahan letupan bergred tinggi digunakan.

"Polis tempatan pada mulanya melaporkan terdapat letupan ketiga berlaku di Perpustakaan John F. Kennedy di Boston, tetapi kemudian menyatakan bahawa ia berkaitan dengan kejadian kebakaran. Tiada rakyat yang tercedera di perpustakaan tersebut," menurut Wisma Putra. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan