SUPP Tampil Tiga Muka Baru, Kekalkan Empat Penyandang

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan bertanding di tujuh kawasan Parlimen di Sarawak dengan menampilkan tiga muka baharu dan mengekalkan empat penyandang pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata tiga muka baharu parti itu ialah ketua pemuda SUPP Tan Kai (Bandar Kuching), ahli perniagaan Vincent Lau (Sibu) dan peguam Datuk Sebastian Ting (Miri).

Empat calon yang dikekalkan ialah Datuk Yong Khoon Seng (Stampin) Datuk Richard Riot (Serian), Ding Kuong Hiing (Sarikei) dan Datuk Tiong Thai King (Lanang).

Chin yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Miri sejak 1986 tetapi memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini, meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak mendengar khabar angin yang boleh merosakkan kempen parti.

"Marilah kita bersama-sama bekerja untuk memastikan kemenangan calon BN," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SUPP di sini, Selasa.

Mengenai keputusan untuk mengekalkan Yong yang sebelum ini memutuskan untuk bersara daripada politik, Chin berkata Yong dikekalkan kerana beliau mempunyai kriteria yang ditetapkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada pilihan raya umum 2008, Yong mengekalkan kerusi itu selepas mengalahkan Voon Lee Shan dari DAP dan See Chee How dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertandingan tiga penjuru, dengan majoriti 3,070 undi.

Bagaimanapun, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen Stampin dimenangi pembangkang iaitu Kota Sentosa dan Batu Kawah oleh DAP manakala Batu Lintang oleh PKR.

SUPP, satu daripada empat parti komponen BN di Sarawak, bertanding di tujuh kawasan parlimen pada pilihan raya umum ke-12.

Parti itu menang di enam kerusi manakala DAP menang di Bandar Kuching. SUPP hilang kerusi Sibu dalam pilihan raya kecil pada 2010.

Sarawak mempunyai 31 kawasan parlimen dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diperuntukkan 14 kerusi parlimen, SUPP (tujuh), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Preogresif Sarawak (SPDP) masing-masing enam dan empat kerusi.BN merupakan penyandang di 29 kawasan parlimen manakala DAP dua kerusi.

Pilihan raya di Sarawak hanya melibatkan kerusi kawasan parlimen berikutan pilihan raya negeri telah diadakan pada 2011 dan mandat itu hanya akan berakhir pada 2016.

Berikut adalah senarai calon SUPP untuk kerusi Parlimen di Sarawak.

1. Tan Kai Bandar Kuching (muka baru)

2. Datuk Yong Khoon Seng Stampin

3. Datuk Richard Riot Serian

4. Ding Kuong Hiing Sarikei

5. Vincent Lau Lee Ming Sibu (muka baru)

6. Datuk Tiong Thai King Lanang

7. Datuk Sebastian Ting Miri (muka baru)

-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan