SPR Minta Parti Politik Kempen Secara Sihat, Elak Emosi & Sentimen

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dengan bahang pilihan raya umum ke-13 semakin hangat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi meminta parti-parti politik yang bertanding supaya berkempen secara sihat dan mematuhi undang-undang pilihan raya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yakin jika ia dilaksanakan, pilihan raya umum kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan dalam keadaan baik.

"Kalau itu dipatuhi oleh semua pemimpin politik, saya fikir tidak apa jika kempen panas atau getir tetapi ia sihat...itu sangat penting," katanya pada temu bual 'Dalam Radar' kelolaan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini.

Sambil mengingatkan semua pihak bahawa pilihan raya umum diadakan sekali dalam masa lima tahun, beliau berharap mereka tidak terlalu emosional dan membangkitkan sentimen semasa kempen.

"Bertandinglah dengan sihat, ikut peraturan-peraturan jika nak berkempen," katanya. Rabu lepas, SPR mengumumkan hari penamaan calon pada Sabtu ini manakala hari pengundian ditetapkan 5 Mei.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berharap semua pihak berkenaan dapat memberikan kerjasama baik kepada SPR dan pihak berkuasa pada pilihan raya umum kali ini termasuk tidak membawa penyokong terlalu ramai pada hari penamaan calon.

"Kita kena ubah budaya ini. Saya mohon kerjasama sebab di bawah undang-undang, saya tidak ada kuasa menegah mereka tetapi saya pohon mereka jangan datang terlalu ramai kerana ia menyusahkan pihak berkuasa dan orang ramai," katanya.

Beliau berkata perkara itu dibangkitkannya pada 14 perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin parti politik sebelum ini.

Mengenai dakwaan segelintir pihak berhubung kertas undi bernombor, beliau berkata perkara itu tidak berlaku dan menjamin undi adalah 100 peratus rahsia.

Ditanya sama ada kertas undi boleh dianggap sah jika dakwat kekal tertumpah ke atasnya, Abdul Aziz berkata jika perkara itu berlaku, pengundi boleh memohon kertas undi baharu daripada pegawai pilihan raya.

Bagaimanapun, katanya perkara itu tidak mungkin berlaku kerana dakwat kekal itu boleh kering di jari dalam tempoh tiga saat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan