Shahidan Mahu Pastikan Kemenangan Mutlak Di Arau

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang diumum sebagai calon di kawasan Parlimen Arau mahu memastikan kemenangan mutlak Barisan Nasional (BN) di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen berkenaan.

Dua kerusi di kawasan itu iaitu DUN Simpang Empat dan Sanglang kini disandang PAS.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Arau yakin pengundi akan terus memberi sokongan kepada BN yang berupaya membawa perubahan dan sentiasa menunaikan janji.

"Ini adalah permulaan kepada semua calon BN untuk berjuang dalam memastikan kemenangan. Buktikan perjuangan parti (dengan kemenangan)," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Shahidan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis akan menentang calon PAS Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Harun Din.

Beberapa muka baru yang diumum bertanding tidak menyangka akan terpilih.

Ketua Puteri Umno Perlis, Azmaiza Ahmad yang dicalon bagi kerusi DUN Chuping menganggap pencalonannya sebagai hadiah sempena hari lahirnya yang ke-38 Khamis ini.

Beliau yang juga Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Perlis berkata beliau akan menyambung tanggungjawab bekas Anggota Dewan Undangan Negeri, Mansor Jusoh untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

Calon DUN Titi Tinggi, Khaw Hock Kong, 49, yang juga merupakan ahli perniagaan berkata beliau akan cuba membawa perubahan ekonomi serta perniagaan kepada penduduk setempat jika dipilih kelak.

Calon DUN Pauh, Azlan Man, 54, percaya sokongan yang semakin kuat kepada BN akan membolehkan BN mengekal kuasa di negeri ini.

Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri ini berkata beliau mahu membantu membawa masuk pelaburan ke kawasan itu.

Fathul Bari Mat Jahya, 33, yang dipilih sebagai calon DUN Sanglang juga mahu membawa perubahan di kawasan tersebut dengan memfokus kepada aspek pembangunan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan