Senarai Calon BN PRU-13 Muktamad - Tengku Adnan

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada perubahan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) yang diumum bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan ia adalah muktamad.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana pemilihan dan saringan telah dibuat secara teliti oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pembangkang akan berkata macam-macam kononnya, wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan anggota BN dan itu memang sudah dijangkakan.

"Tapi saya yakin semua dapat terima dengan hati terbuka, lagi pun aku janji telah dibuat dengan pengerusi parti," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Tengku Adnan juga optimistik, dengan senarai calon tersebut BN mampu melakar keputusan lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua anggota parti, tindakan displin akan diambil oleh lembaga tatatertib, sekiranya ada anggota cuba mensabotaj parti. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan