PRU-13: Polis Perak Terima 66 Laporan Sejak Parlimen Bubar

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak telah menerima sebanyak 66 laporan berkaitan pilihan raya umum sejak Parlimen dibubarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak Supritendan Maszely Minhad berkata, daripada jumlah itu 13 kertas siasatan telah dibuka dan satu tangkapan telah dibuat.

"Dalam tempoh semalam (Ahad) sahaja kita telah terima 10 laporan polis dan satu kertas siasatan telah pun dibuka.

"Setakat ini, dari tempoh pembubaran Parlimen, sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dekat sini, Isnin.

Beliau yang dilantik sebagai jurucakap pilihan raya bagi pusat media IPK Perak berkata kebanyakan laporan melibatkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya seperti kes khianat, merosakkan harta benda awam milik parti-parti bertanding, kejadian mencabut 'banner' dan bendera parti dan gambar-gambar calon disembur cat.

Selain itu terdapat juga laporan terhadap penyebaran risalah memaparkan sentimen berbentuk provokasi dan fitnah kepada calon serta selisih faham.

Mengenai tangkapan, beliau mengesahkan seorang lelaki telah ditangkap di Kamunting berhubung kes ugut.

Beliau turut mengesahkan menerima laporan kejadian sekumpulan penyokong parti pembangkang yang didakwa mengugut mahu membakar Bilik Gerakan parti lawan di Pekan Razaki, di sini dan insiden sedang disiasat.

Maszely menasihatkan orang ramai dan calon-calon bertanding supaya berkempen secara matang dan berhemah.

"Janganlah terlalu fanatik sehingga cenderung untuk melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan