PRU-13: BN Kelantan Akan Umum Calon Tengah Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan dijadualkan akan mengumumkan calon parti yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada tengah hari Selasa.

Sumber daripada Pusat Media BN Kelantan berkata, pengumuman itu dijangka akan dilakukan pada pukul 12 tengah hari Selasa di Pejabat Perhubungan Umno Negeri di sini.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dijangka akan membuat pengumuman itu.

Ia akan melibat 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

BN Kelantan sebelum ini meletakkan sasaran untuk memenangi 23 daripada 45 kerusi DUN dan lapan daripada 14 kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU-13.

Mustapa berkata, perjuangan parti adalah untuk menukar kerajaan di Kelantan untuk membawa perubahan bagi memastikan semua kembali bersatu dalam membela nasib rakyat.

"Pokoknya, perjuangan Umno, perjuangan Barisan Nasional untuk berkhidmat kepada rakyat, janji ditepati.

"Jadi, semua ahli Umno harus setia kepada perjuangan untuk bawa perubahan tukar kerajaan Kelantan, pertahankan Putrajaya dan mantapkan lagi kedudukan kita menjadikan sebuah pemerintahan yang kuat di Putrajaya.

"Oleh itu, saya menyasarkan 23 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen. Itu sasaran kita (di Kelantan)," kata Pengerusi BN Negeri baru-baru ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan