PRU13: Adnan Ketuai Saingan BN Pahang, Palanivel di Cameron Highlands

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan mengetuai kempen Barisan Nasional (BN) dalam usaha memenangi 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 kerusi Parlimen.

Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang disandangnya.

Setiausahasa Politik Perdana Menteri, Datuk Suffian Awang akan bertanding di kerusi Parlimen Kuantan menentang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Fuziah Salleh yang merupakan penyandang kerusi berkenaan.

Presiden MIC, Datuk G. Palanivel akan bertanding di Cameron Highlands.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat telah ditukarkan ke kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Beliau akan menentang Ketua PKR Negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan calon Bebas, G. Ponnusamy dalam saingan tiga penjuru yang dijangka berlangsung.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun akan menggantikan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen di Raub.

Kerusi DUN Bilut yang ditandingi Hoh akan digantikan dengan Setiausaha Politik Menteri Kesihatan, Leong Kim Soon.

Pegumuman calon yang dibuat di Yayasan Pahang menunjukkan berlaku pertukaran disaat akhir bagi kerusi DUN Semambu dan Cheka.

Adnan berkata calon Cheka, Eng Peak Leng telah menarik diri pada pukul 11 pagi tadi dan beliau digantikan dengan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Fong Koong Fuee.

Penyandang kerusi DUN Semambu, Datuk Pang Tsu Ming, yang sebelum ini digugurkan daripada senarai, turut dipilih semula sebagai calon.

Berikut adalah senarai penuh calon BN Pahang.

Kerusi Parlimen Cameron Highlands: Datuk Seri G. Palanivel

Lipis: Datuk Mohd Shahrum Osman

Raub: Hoh Khai Mun

Jerantut: Ahmad Nazlan Idris

Indera Mahkota: Datuk Wan Adnan Wan Mamat

Kuantan: Datuk Mohd Sufian Awang

Paya Besar: Abdul Manan Ismail

Pekan: Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Maran: Haji Ismail Mutalib

Kuala Krau: Ismail Mohd Said

Temerloh: Saifuddin Abdullah

Bentong: Datuk Seri Liow Tiong Lai

Bera: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Rompin: Datuk Seri Jamaluddin Jarjis

Kerusi DUN

Tanah Rata: Pui Yik Kap

Jelai: Datuk Wan Roshdi Wan Ismail

Padang Tengku: Abdul Rahman Mohammad

Cheka: Fong Kong Fui

Benta: Mohd Saufi Abdul Razak

Batu Talam: Abdul Aziz Mat Kiram

Tras: Lim He Liang

Dong: Shaharuddin Abdul Moin

Tahan: Wan Amizan Wan Abdul Razak

Damak: Lau Lee

Pulau Tawar: Dr. Ahmad Shukri Ismail

Beserah: Mohd Hazmi Yusof

Semambu: Phang Siu Ming

Teruntum: Chang Hong Song

Tanjung Lumpur: Tengku Datuk Zulkifly Tengku Ahmad

Inderapura: Shafik Fauzan Sharif

Sungai Lembing: Mohd Shuhaimi Mohd Shah

Lepar: Mohd Suhaimi Jusoh

Panching: Mohd Zaili Besar

Pulau Manis: Khairudin Mahmud

Peramu Jaya: Sheikh Mohd Fauzi

Bebar: Ibrahim Ismail

Chini: Abu Bakar Harun

Luit: Nurhidayah Binti Shahaimi

Kuala Sentul: Shahaniza Binti Shamsudin

Chenor: Mohd Ariffin Awang Ismail

Jenderak: Mohd Jaafar

Kerdau: Syed Ibrahim Syed Ahmad

Jengka: Wan Salman Wan Ismail

Mentakab: Chua Boon Siong

Lanchang: Mohd Sharkar Shamsudin

Kuala Semantan: Mohd Anuar Mat Yunus

Bilut: Leong Kim Soon

Ketari: Woong Siu Yap

Sabai: R. Goonasekaran

Pelangai: Datuk Seri Adnan Yaakob

Guai: Noorol Azali Sulaiman

Triang: Tan Ting Loon

Kemayan: Mohd Fadhil Osman

Bukit Ibam: Wan Kadri Wan Mahusin

Muadzam Shah: Maznah Binti Mazlan

Tioman: Mohd Johari Husin

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan