PRU-13: Saingan Sengit di Beberapa Kerusi Panas Parlimen & DUN

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa kerusi panas bakal menyaksikan saingan sengit selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), yang akan berlangsung, 5 Mei ini.

Setakat pukul 11.30 pagi, Datuk Abdul Ghani Othman sah akan bertanding mewakilin BN bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, beliau akan menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah dipindahkan ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas Jaya sementara Datuk Nur Jazlan Mohamed akan mempertahankan kerusi Parlimen Pulai yang disandangnya.

Ini sekaligus menguatkan spekulasi salah satu calon berkenaan akan menjadi Menteri Besar Johor yang baru.

Khaled pernah menolak khabar angin beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar yang baru sekiranya BN berjaya mempertahankan Johor.

Sebaliknya beliau menegaskan matlamat utama adalah memastikan kemenangan BN di Johor selepas itu barulah bercakap mengenai jawatan Menteri Besar.

Di Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno) akan bertanding di Lembah Pantai menentang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku akan mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya dan beliau akan menentang Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Di Selangor, Datuk Zulkifli Noordin sah akan bertanding atas tiket BN, di Parlimen Shah Alam.

Beliau akan menentang penyandang kerusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

Zulkifli yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dipecat daripada PKR kerana bertindak menentang parti dan pakatan pembangkang dalam satu temubual di televisyen pada Mac 2010.

Di Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mempertahankan kerusi DUN Pangkor.

Beberapa pemimpin parti komponen BN turut diumumkan sebagai calon di Perak, antaranya, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) M. Kayveas DUN Pasir Berdamar sementara Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Devamany akan bertanding di Parlimen Sungai Siput.

Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah will defend akan mempertahankan kerusi Parlimen Tambun, begitu juga dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz will yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas sementara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan kekal di Parlimen Bagan Datoh, Datuk Lee Chee Leong (Kampar) serta Datuk Seri Kong Cho Ha (Lumut).

Di Pulau Pinang, Umno menurunkan Dr Mazlan Ismail yang juga Naib Presiden Telekom Malaysia sebagai calon BN Permatang Pauh.

Beliau akan berhadapan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blogger kontroversi Papa Gomo juga akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican diumumkan sebagai calon Kepala Batas, beliau akan menggantikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Di Kedah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding di DUN Ayer Hitam.

Ia turut menguatkan lagi spekulasi beliau akan diangkat sebagai Menteri Besar sekiranya BN berjaya merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat.

Di Perlis bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim akan bertanding kerusi Parlimen Arau sementara Shaharuddin Ismail akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Tokoh politik veteran dari Sabah, Tan Sri Joseph Kurup akan mempertahankan kerusi Parlimen Pensiangan untuk penggal kedua berturut-turut.

Pencalonan Kuruo,69, yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)mengakhiri spekulasi beliau akan bersara daripada arena politik.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan