Pemilihan Calon BN Kelantan Atas Dasar Kehendak Parti Dan Rakyat - Mustapa

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemilihan calon negeri adalah dengan berdasarkan perbincangan untuk memastikan kehendak parti dan rakyat dapat diselaraskan sebagai satu barisan mantap.

Beliau berkata, BN mempunyai wakil pelbagai kumpulan seperti wanita, pemuda, tokoh veteran, orang baru.

"Daripada 59 calon di Kelantan, 25 calon adalah orang baru. Ia satu rekod yang amat baik, 45 peratus, hampir separuh daripada calon-calon di Kelantan merupakan muka-muka baru. Ia merupakan satu perkara yang baik untuk parti kita.

"Pada masa yang sama, kita tidak mengetepikan orang lama yang masih boleh menang dan khidmat mereka masih diperlukan maka Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan mereka sebagai calon-calon BN di Kelantan.

"Apa yang penting, kita hendak calon-calon ini diminati, disukai oleh rakyat. Ini kerana yang akan mengundi iaitu 920,000 rakyat Kelantan ini adalah rakyat biasa," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon-calon BN di Kelantan di sini, Selasa.

BN Kelantan mengumumkan seramai 59 calon yang terdiri daripada 45 calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 kerusi Parlimen untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mustapa berkata, BN yakin dengan barisan parti yang diwakili ulama dan tokoh-tokoh agama bagi pihak Umno, sebagai satu inspirasi kepada rakyat Kelantan untuk melihat BN sebagai satu parti yang mampu untuk menguruskan negeri ini dengan lebih baik.

Dengan senarai calon-calon yang diumumkan itu, beliau berkata, ia akan menyebabkan rakyat berpihak dan menyokong BN.

Dalam pada itu, Mustapa turut berharap agar Kelantan mencapai kejayaan yang cemerlang kerana negeri ini mempunyai potensi.

"Kita tahu sepanjang 23 tahun lalu, Kelantan tidak mencapai potensi sepenuhnya. Banyak lagi masalah yang kita hadapi termasuk masalah asas seperti air, infrastruktur dan perpaduan yang saya rasa begitu serius lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya ini.

"Maka isu-isu perlu diselesaikan supaya tidak timbul perselisihan, pertelingkahan antara kita. Oleh itu, Umno Kelantan dan BN Kelantan hakikatnya akan mendirikan sebuah negara yang bersatu, aman sejahtera, menggunakan sepenuhnya potensi yang ada pada kerajinan, ketekunan dan kepandaian pada rakyat Kelantan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan