Mustapa Pertahan Kerusi Parlimen Jeli, Tanding DUN Air Lanas

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Datuk Seri Mustapa Mohamed bertanding di kerusi Parlimen Jeli dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas sekali gus mengesahkan spekulasi beliau akan diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Mustapa yang merupakan Pengerusi BN Negeri menyandang kerusi Parlimen Jeli apabila menewaskan Mohd Afandi Mohamad dari parti PAS dengan majoriti 4,436 undi pada pilihan raya umum 2008.

Dalam pengumuman BN Kelantan di sini pada Selasa, Tengku Razaleigh Hamzah turut diumumkan mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut bertanding di Parlimen Ketereh.

Datuk Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di Parlimen Bachok.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan