Muhyiddin Jamin SJKC, SJKT Terus Kekal

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan terus kekal di negara ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran berkata, kerajaan BN akan terus mengekalkan SJKC dan SKJT sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan nasional.

"Kerajaan Barisan Nasional akan terus mengekalkan SJKC dan SJKT bagi membolehkan anak-anak kaum Cina dan India di negara ini mempelajari bahasa ibunda mereka, selain memastikan mereka terus mempelajari budaya mereka," katanya di sini Selasa.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan khas dengan guru-guru SJKC di SJKC Foon Yew, yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.

Muhyiddin meminta masyarakat Cina agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang terutamanya ketika musim pilihan raya umum ini yang mendakwa bahawa kerajaan meminggirkan SJKC.

Menurut Muhyiddin, selain mementingkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar, kerajaan turut mahukan pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Kerajaan mengakui bahasa Mandarin kini semakin penting penggunaannya berikutan kedudukannya sebagai "lingua franca" dan bahasa perantaraan perniagaan serantau.

Sementara itu, kerajaan menurutnya, sentiasa mengambil berat tentang kemudahan dan infrastruktur sekolah-sekolah SJKC dan kebajikan guru-gurunya.

Pada ketika ini, katanya, terdapat kira-kira 30,000 guru-guru SJKC yang gaji mereka dibayar oleh Kementerian Pelajaran, yang kini sedang berkhidmat di lebih daripada 1,000 sekolah SJKC di seluruh Malaysia.

Selain itu, katanya, kementerian juga memberikan peruntukan RM100 juta setiap tahun kepada SJKC dan SJKT bagi membolehkan mereka menaiktaraf kemudahan infrastruktur mereka.

Muhyiddin juga berkata, mulai tahun depan kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan tetap kepada SJKC dan SJKT yang akan dimasukkan di dalam Belanjawan tahunan negara.

Beliau juga mengumumkan peruntukan RM15 juta kepada SJKC seluruh Johor tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan