MCA Berdepan 'Pertempuran Hidup Mati' Pada PRU-13 - Dr Chua

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA berdepan 'pertempuran hidup atau mati' pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan perlu menggunakan strategi baharu untuk menghadapinya, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Pada pilihan raya kali ini, parti itu melepaskan kerusi Parlimen Gelang Patah, yang kini menjadi medan pertempuran antara Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

MCA akan bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu kurang tiga kerusi Parlimen berbanding pilihan raya 2008, dengan 68 muka baharu di kalangan 127 calonnya.

-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan