MB Pahang Pertahan Kerusi DUN Pelangai, Tampilkan 12 Muka Baru

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pelangai pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini.

Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, penyandang kerusi Parlimen Rompin pula akan bertanding bagi mempertahankan kerusi berkenaan, sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini, yang mengatakan beliau akan bertanding di kerusi DUN.

Adnan ketika mengumum dan menyampaikan watikah kepada calon-calon BN Pahang di Bangunan Yayasan Pahang di sini berkata 12 muka baru ditampilkan untuk DUN bagi mewakili Barisan Nasional (BN).

Muka baru itu akan bertanding di DUN Tras, Beserah, Tanjung Lumpur, Peramu Jaya, Luit, Chenor, Kuala Semantan, Bilut, Ketari, Sabai, Triang dan Bukit Ibam.

Bagi Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan Parlimen Pekan, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dicalon untuk kawasan Cameron Highlands, Parlimen Raub, yang sebelum ini disandang Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen, akan ditandingi Timbalan Pengerusi MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun, yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi DUN Bilut.

Kerusi Parlimen Jerantut akan ditandingi muka baru, Ahmad Nazlan Idris menggantikan penyandang, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, manakala kerusi Parlimen Indera Mahkota akan ditandingi Datuk Wan Adnan Wan Mamat, yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Tanjung Lumpur.

Bagi kerusi Parlimen Kuantan, setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Suffian Awang akan mewakili BN bagi merampas semula kerusi yang dimenangi calon PKR Fuziah Salleh pada pilihan raya umum 2008.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempertahankan kerusi parlimen Bera.

Selain lima kerusi parlimen berkenaan, sembilan lagi kerusi parlimen akan ditandingi penyandang bagi kerusi parlimen itu.

Dua exco kerajaan negeri Pahang digugurkan daripada senarai calon BN ialah Datuk Ishak Mohamed (penyandang DUN Bebar) dan Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz (penyandang DUN Bukit Ibam).

Tiga calon wanita akan bertanding mewakili BN ialah Datuk Maznah Mazlan yang juga penyandang kerusi DUN Muadzam Shah, Datuk Shahaniza Shamsuddin (penyandang DUN Kuala Sentul) dan muka baru, Nurhidayah Mohamad Shahaimi (DUN Luit).

Sebanyak 14 kerusi parlimen di Pahang dan 42 kerusi DUN dipertandingkan pada pilihan raya umum nanti. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan