KWSP Lantik CEO Baru Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melantik Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya, untuk tempoh dua tahun, mulai Selasa, menggantikan Tan Sri Azlan Zainol.

Dalam satu kenyataan, KWSP berkata Shahril menyertai KWSP pada 1 Disember 2009 sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pelaburan dan bertanggungjawab terhadap strategi dan polisi KWSP.

"Bersama Azlan, beliau telah memperkukuhkan pelaburan di luar negara sebagai strategi diversifikasi jangka panjang KWSP, daripada 5.96 peratus jumlah aset pelaburan (atau RM22.39 bilion) pada 2009 kepada 17.21 peratus (atau RM85.70 bilion) kini," katanya.

Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan bertanggungjawab memajukan KL Sentral menjadi salah sebuah pusat perdagangan utama di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan