Ibrahim Ali Buat Kejutan Mungkin Turut Tanding DUN

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membuat kejutan apabila mengumumkan kemungkinan beliau akan bertanding sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) selain mempertahankan kerusi Parlimennya itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ibrahim berkata, beliau mungkin akan bertanding di peringkat DUN di bawah Parlimen Pasir Mas, sama ada Tendong, Pengkalan Pasir atau Chetok.

"Di mana saya akan turut bertanding di kerusi DUN dan Parlimen atas tiket bebas, kita tunggu (pengumuman) pada 20 haribulan ini (penamaan calon).

"Saya tidak boleh beritahu sekarang sebab saya calon bebas, simbol akan ditunjukkan oleh pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan akan pilih salah satu daripada simbol yang ada," katanya kepada pemberita di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dekat sini, Selasa.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, beliau menyeru kepada semua ahli badan bukan kerajaan (NGO) itu agar menyokong BN dan tidak membuat perkara yang tidak baik ekoran beliau tidak terpilih sebagai calon parti itu.

"Saya konsisten, saya tidak mahu menjadi manusia yang berpura-pura. Saya menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan sekarang untuk kepentingan, keselamatan dan keamanan negara.

"Maka saya menyeru semua ahli-ahli perkasa di seluruh negara (agar) beri sokongan kepada Barisan Nasional. Jangan buat yang tidak baik, saya merayu sangat.

"Kalau untuk kerjasama itu, saya perlu mengundurkan diri sebagai Presiden Perkasa, saya rela berbuat demikian. Sebab saya dah wujudkan Perkasa, sudah empat tahun saya memimpin, sudah menjadi pertubuhan yang berstruktur, ahlinya ramai dan ada pimpinannya," katanya.

Ditanya mengenai jika menjadi calon bebas mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk merampas Kelantan daripada PAS, Ibrahim berkata:

"Saya tidak mahu cakap apa-apa sebab saya minta rakyat Kelantan untuk beri sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional kecuali di Pasir Mas.

"Di Pasir Mas pun, saya tidak mahu bersaing atau berlawan dengan pihak Barisan Nasional. Cuma saya hendak masuk Dewan Rakyat, dan kalau boleh saya hendak masuk Dewan Undangan Negeri."

Ibrahim pasrah apabila beliau tidak terpilih sebagai calon BN seperti yang dihajatinya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas berikutan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Selasa mengumumkan Che Johan Che Pa yang akan menjadi calon parti bagi kerusi parlimen itu.

Bagaimanapun, beliau nekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya dengan bertanding sebagai calon bebas pada PRU-13.

Menurut Ibrahim, kemungkinan sebab beliau 'dihalang' daripada bertanding atas tiket BN kerana kedudukannya sebagai Presiden Perkasa yang dilihat sebagai NGO Melayu yang rasis.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan