Gelang Patah, Putrajaya Antara Kerusi Panas PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Ghani bersalaman dengan calon DUN Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada pada Majlis Pengumuman Calon-Calon BN Negeri Johor Bagi PRU-13 di Johor Baru, Selasa.
Abdul Ghani bersalaman dengan calon DUN Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada pada Majlis Pengumuman Calon-Calon BN Negeri Johor Bagi PRU-13 di Johor Baru, Selasa.

KUALA LUMPUR: Dengan pengumuman senarai calon parti-parti politik hampir selesai, beberapa kerusi Parlimen termasuk Gelang Patah, Putrajaya dan Lembah Pantai dikenal pasti sebagai kerusi panas dalam Pilihan Raya Umum ke-13, pada 5 Mei ini.

Kerusi Parlimen Gelang Patah yang bakal menyaksikan pertembungan dua 'otai' politik, iaitu Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan veteran DAP Lim Kit Siang pastinya menjadi tumpuan peminat politik tanah air.

Rata-rata berpendapat pertembungan dua tokoh itu ibarat pertandingan 'kalah mati' bagi karier politik masing-masing.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan rekod perkhidmatan Abdul Ghani sebagai menteri besar mahupun wakil rakyat merupakan salah satu elemen menjadi penanda aras kepada pertembungan di kerusi berkenaan.

"Abdul Ghani adalah supremo dan arkitek kepada pembangunan Johor, dan merupakan seorang yang amat popular di kalangan pengundi, berbanding veteran DAP Lim Kit Siang yang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

"Semua pengundi termasuk pengundi Cina amat menghargai apa yang telah Abdul Ghani lakukan di Johor. Beliau (Abdul Ghani) adalah orang yang bertanggungjawab membangunkan Nusajaya dan Iskandar Malaysia di situ selain orang yang amat mengetahui selok-belok Johor berbanding Kit Siang," katanya.

Nusajaya, adalah pusat pentadbiran baru Johor menempatkan kelompok industri dan logistik selatan, hab perubatan dan 'EduCity' atau bandar raya ilmu.

Kerusi Parlimen Gelang Patah dimenangi Tan Ah Eng daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 8,851 undi mengalahkan calon PKR Zaliha Mustafa.

Beliau berkata prospek kemenangan Abdul Ghani adalah tinggi dan adalah mustahil untuk orang yang banyak berjasa kepada negeri Johor ditolak mentah-mentah pengundi Parlimen Gelang Patah berbanding Kit Siang, penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur selama dua penggal sejak 2004, yang datang hanya mencari makan.

"Kit Siang adalah seorang yang angkuh dan beranggapan bahawa pengundi Cina akan mengundi dia," katanya sambil menambah pertandingan kali ini juga akan menentukan hidup mati karier politik kedua-dua calon tersebut.

Selain Parlimen Gelang Patah, turut mencuri tumpuan ialah kerusi Parlimen Putrajaya yang ditandingi penyandangnya selama dua penggal sejak 2004 iaitu Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Pencalonan Husam menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya motif penghijrahan beliau ke pusat pentadbiran kerajaan pusat itu, yang ditafsir ramai bertujuan 'mencuri' undi penjawat awam, selain dilihat sebagai calon berkemungkinan dilantik pakatan pembangkang sebagai perdana menteri, sekiranya berjaya ke Putrajaya.

Bagaimanapun Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Ahmad Atory Hussein berpandangan elemen kenegerian tidak mampu mempengaruhi undi penjawat awam yang nyata menyokong agenda pembangunan dan transformasi yang dilaksanakan BN, selain Tengku Adnan sendiri mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang.

"Sudah tentu, peluang Husam untuk memang di situ amat tipis apatah lagi beliau bukanlah muka yang dikenali pengundi di Putrajaya berbanding Tengku Adnan," katanya.

Turut menarik perhatian ialah kerusi Parlimen Lembah Pantai di mana penyandangnya yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang akan ditentang Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Raja Nong Chik sepanjang perkhidmatannya sebagai menteri telah membangunkan Lembah Pantai menerusi pembangunan semula Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi, mewujudkan Skim khas pembelian rumah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL), tambahan tiga laluan Aliran Transit Massa (MRT), Kompleks Perpustakaan 1Malaysia yang memanfaatkan lebih 20,000 penduduk di sekitar Lembah Pantai.

Juga menarik untuk diperhatikan ialah pertembungan di kerusi Parlimen Shah Alam antara penyandangnya iaitu Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor Khalid Samad dan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Nordin.

Penampilan Zulkifli, penyandang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu sebagai calon rakan BN nyata mengejutkan banyak pihak.

Zulkifli yang mempunyai latar belakang perundangan dan banyak menjuarai isu-isu agama dilihat saingan terbaik untuk menentang Khalid, yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai isu kontroversi termasuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam selain gagal melaksanakan janjinya untuk menutup kilang arak di Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan