BN Sarawak Umum Lapan Calon Baru

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak menampilkan lapan muka baru termasuk seorang calon wanita, untuk menggalas tanggungjawab BN bertanding kerusi Parlimen negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata semua penyandang lain kekal di kawasan masing-masing.

Lapan muka baharu itu termasuk ahli politik veteran Tan Sri William Mawan (Seratok), Rabiah Wang (Kota Samarahan), Tan Kai (Bandar Kuching), Vincent Lau Lee Ming (Sibu), Datuk Sebastian Ting (Miri), Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang), Anyi Ngau (Baram) dan Anthony Nogeh Gumbek (Mas Gading).

Antara yang digugurkan ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan (Baram) dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat (Saratok), dan Datuk Tiki Lafe (Mas Gading).

"Semua muka baru dan 23 penyandang ini mempunyai pengalaman serta mendapat sambutan yang cukup baik daripada kawasan masing-masing, dan saya berharap dengan sokongan kita di Sarawak, Barisan dapat memperoleh lebih dua pertiga kerusi, dengan Satawak menyumbang antara 23-27 kerusi kali ini," katanya.

Taib berkata demikian semasa mengumumkan senarai calon BN selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.

Turut hadir, Mawan, presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Masing dan timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak Datuk Richard Riot yang mempertahankan kerusi Parlimen Serian.

Taib yang juga presiden PBB berkata Rabiah merupakan calon baru PBB, satu-satunya parti komponen BN negeri yang menurunkan empat calon wanita, sebagai tambahan kepada penyandang Batang Lupar Datuk Rohari Karim, penyandang Batang Sadong Nancy Shukri dan Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman.

Selain Mawan, muka baru dalam SPDP terdiri daripada pegawai daerah Limbang Anyi Ngau di Baram dan timbalan pengurus besar Salcra Anthony Nogeh Gumbek.

Penyandang SPDP yang dikekalkan ialah Datuk Seri Tiong King Sing, yang mempertahankan kerusi parlimen Bintulu.

Beliau berkata muka baharu SUPP pula ialah Datuk Sebastian Ting, yang menggantikan presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin di Miri, Tan Kai (Bandar Kuching) dan Vincent Lau Lee Ming (Sibu).

Calon tunggal baru PRS pula ialah Wilson Ugak Kumbong, setiausaha sulit Masing, bagi menggantikan penyandang Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo.

PBB, tulang belakang BN negeri bertanding di 14 kerusi, SUPP (tujuh), PRS (enam) dan SPDP (empat).

Berikut ialah senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi 31 kerusi Parlimen Sarawak untuk PRU-13.

PARLIMEN

1. Santubong : Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)

2. Petra Jaya : Datuk Fadillah Yusof (PBB)

3. Kota Samarahan : Rabiah Wang (PBB/muka baru)

4. Betong : Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)

5. Mambong : Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (PBB)

6. Batang Sadong : Nancy Shukri (PBB)

7. Batang Lupar : Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)

8. Tanjong Manis : Datuk Norah Abdul Rahman (PBB)

9. Igan : Datuk Abdul Wahab Dolah (PBB)

10. Mukah : Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (PBB)

11. Kapit : Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

12. Sibuti : Ahmad Lai Bujang (PBB)

13. Limbang : Hasbi Habibollah (PBB)

14. Lawas : Datuk Henry Sum Agong (PBB)

15. Bandar Kuching : Tan Kai (SUPP/muka baharu)

16. Stampin : Datuk Yong Khoon Seng (SUPP)

17. Serian : Datuk Richard Riot (SUPP)

18. Sarikei : Ding Kuong Hiing (SUPP)

19. Sibu : Vincent Lau Lee Ming (SUPP/muka baru)

20. Lanang : Datuk Tiong Thai King (SUPP)

21. Miri : Datuk Sebastian Ting (SUPP/muka baru)

22. Sri Aman : Masir Kujat (PRS)

23. Lubok Antu : William Datuk Joseph Salang Gandum (PRS)

25. Kanowit : Datuk Ago Dagang (PRS)

26. Selangau : Datuk Joseph Entulu Belaun (PRS)

27. Hulu Rajang : Wilson Ugak Kumbong (PRS/muka baru)

28. Saratok : Tan Sri William Mawan (SPDP)

29. Bintulu : Datuk Seri Tiong King Sing (SPDP)

30. Baram : Anyi Ngau (SPDP/muka baru)

31. Mas Gading : Anthony Nogeh Gumbek (SPDP/muka baru) - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan