BN Kelantan Wujudkan Islam Di Landasan Betul, Bukan Retorik Jika Diberi Mandat

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan akan membuktikan bagaimana Islam dapat diwujudkan di atas landasan yang betul dan bukan berdasarkan retorik sekiranya rakyat memberikan mandat kepada parti untuk memerintah negeri.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Dali Hussin berkata, agama ini tidak seharusnya diretorikkan atau dipersendakan seolah-olah memperjuangkannya tetapi hakikat sebenarnya ia 'tidak berpijak di bumi yang nyata'.

"Orang melihat di Kelantan seolah-olah digambarkan sebagai sebuah kerajaan negeri 'serambi Mekah' dengan slogannya seolah-olah membangun bersama Islam.

"Kalau kita perhatikan sejak 23 tahun di bawah pimpinan PAS, kerajaan PAS di Kelantan, apakah yang mereka lakukan dalam meningkatkan syiar Islam di negeri ini?," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan wang ehsan kepada pelajar-pelajar anak yatim, yatim piatu dan pesakit leukemia di Balai Raya Tok Ngulu Rani Kg Tok Ku di Panchor dekat sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai manifesto tambahan dan aku janji BN Kelantan yang dilancarkan baru-baru ini yang berjanji mengubah landskap negeri dengan pelbagai pembangunan ke arah memajukan Kelantan berpaksikan Islam berdasarkan prinsip maqasid syariah.

Dali yang juga Pengerusi BN Pengkalan Chepa berkata, apa yang berlaku pada hari ini ialah bagaimana hendak melahirkan sebuah kerajaan yang benar-benar meletakkan Islam itu di atas pentas atau persada yang sebenarnya.

"Di sinilah komitmen kita (BN) hasil perbincangan yang kita lakukan maka akhirnya kita meletakkan Islam itu di landasan yang benar.

"Saya minta rakyat memberi sokongan kepada kita, insyaAllah kita buktikan bagaimana Islam dapat diwujudkan di bawah pentadbiran Barisan Nasional," katanya.

Beliau menambah, ia nanti bukan lagi berdasarkan slogan dan retorik politik tetapi berpaksikan pada realiti, hasrat dan impian BN untuk memastikan supaya pendidikan Islam lebih moden, membina sekolah-sekolah pondok yang moden dan melaksanakan sistem pembelajaran yang komprehensif.

"Rakyat Kelantan akan dapat nikmatinya seandainya (BN) diberikan mandat untuk memerintah negeri," katanya.

Antara kandungan aku janji itu ialah mempertingkatkan kualiti sekolah agama rakyat serta membenar pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan, serta menyediakan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan sekolah pondok.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan