AJK UMNO Putrajaya Mahu Saman Pengendali Harakah Daily

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Putrajaya Hasnol Harun berkata beliau akan menyaman pengendali portal PAS, Harakah Daily yang didakwa memfitnahnya apabila menyiarkan artikel yang menggunakan namanya sebagai sumber.

Menafikan beliau ada kaitan dengan artikel yang mengkritik penyandang kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu, Hasnol berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 9.30 malam semalam.

"Satu surat saman akan dihantar kepada pengendali portal itu dalam masa terdekat kerana menyiarkan artikel fitnah menggunakan nama saya," katanya kepada pemberita di Pejabat Umno Bahagian Putrajaya di sini pada Isnin.

Katanya artikel bertajuk "Putrajaya: Sampai masa Kun Nan berundur" yang disiarkan semalam telah menggunakan nama Hasnol Harun dengan nota penulis "Ahli Jawatankuasa Umno Putrajaya" telah dihantar melalui e-mel menggunakan nama Neslo Suam kepada beberapa portal berita pada Ahad.

"Saya tidak tahu mengenai perkara itu sehingga saya mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang wartawan yang mahukan kepastian berhubung perkara itu kira-kira 6.30 petang semalam. Satu laporan polis tekah dibuat kira-kira 9.30 malam semalam

"Selain itu, Umno Putrajaya juga melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar menjalankan siasatan lanjut mengenai dalang yang menggunakan nama saya untuk menyebarkan fitnah menjatuhkan imej Tengku Adnan," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan