80 Peratus Calon Profesional Dikalangan Muka Baru BN Selangor – PM

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Golongan profesional ialah antara yang ditampilkan Barisan Nasional dalam 80 peratus muka baharu calon negeri Selangor bagi pilihan raya umum ke-13.

Senarai calon diumumkan perdana menteri yang juga pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Umno Selangor di sini i.

Najib berkata keputusan itu selaras dengan kehendak dan jangkaan rakyat di Selangor dan BN sebagai sebuah parti yang tunduk kepada kuasa dan kehendak rakyat.

Calon-calon itu merupakan barisan terbaik, barisan transformasi untuk Selangor bagi mengembalikan Selangor kepada BN dan menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang kuat, katanya semasa berucap sebelum majlis pengumuman itu yang menyenaraikan 22 calon BN bagi kawasan parlimen dan 56 calon bagi kawasan dewan undangan negeri.

Kalangan calon profesional di Selangor ini terdiri daripada peguam, jurutera, akauntan dan ahli perniagaan.

Najib berikrar untuk menunaikan janji-janji BN Selangor bila berjaya menguasai semula negeri ini dan tidak akan bersikap seperti kerajaan negeri sekarang yang hanya membuat janji-janji kosong.

Perdana menteri berkata pemilihan calon BN kali ini turut mengambil kira populariti mereka di peringkat akar umbi, mesra rakyat dan sanggup memberi khidmat bakti kepada rakyat.

"Oleh itu saya berharap pada calon kita agar berjaya meyakinkan pengundi bahawa mereka boleh bawa kejayaan kepada BN. Inilah barisan yang akan berjaya menebus kekalahan kita dan kembalikan BN sebagai pemerintah di negeri Selangor.

"Saya minta maaf jika dalam pemilihan calon-calon ini saya dan rakan-rakan tidak dapat menurut kehendak semua pihak sebab sudah jadi adat. Mustahil bagi kita memenuhi kehendak semua pihak, tak mungkin," katanya.

Beliau berkata apa yang penting ialah parti berjaya dan mereka memberi harapan kepada parti untuk membela para anggota parti dan rakyat.

Najib berkata beliau selaku Pengerusi BN Selangor akan terus mengawasi dengan sebaiknya perjalanan kerajaan negeri jika BN kembali memerintah Selangor dan akan terus membantu supaya perubahan dan pembangunan yang lebih pesat berlaku di negeri ini. "Sekiranya ada apa-apa kelemahan kita akan betulkan kelemahan itu dengan sebaik-baiknya," kata Najib.

Pada pilihan raya kali ini, Umno membariskan sembilan calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen dan 35 calon untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN), MCA menampilkan tujuh calon bagi kerusi parlimen dan 14 calon DUN manakala MIC meletakkan empat calon bertanding kerusi parlimen dan tiga calon kerusi DUN.

Parti Gerakan pula meletakkan satu calon bertanding bagi kerusi parlimen dan tiga calon kerusi DUN, PPP satu calon di DUN manakala seorang rakan baharu BN Datuk Zulkifli Noordin, anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu sebelum ini yang juga naib presiden Perkasa, diletakkan bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam.

Pada majlis itu, Najib turut merakamkan ucapan terima kasih ke atas sokongan rakyat yang semakin meningkat dan berdoa kepada Allah BN akan berjaya di Selangor.

Perdana menteri dijadual melancarkan Aku Janji Pilihan raya BN khusus untuk Selangor pada pukul 8 malam esok di Shah Alam Convention Centre. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan