Sumber Maklumat Penduduk Penting Hapus Saki-Baki Pengganas - MCPF

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Sumber maklumat dan kerjasama penduduk di kawasan pantai timur Sabah amat penting dalam memastikan tiada saki-baki pengganas masih berlindung di kawasan itu.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata penduduk perlu segera memaklumkan kepada pasukan keselamatan jika terdapat unsur-unsur pengganas di petempatan mereka.

"Penduduk perlu membantu pasukan keselamatan kerana keselamatan negeri Sabah menjadi tanggungjawab bersama," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu, Isnin.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat.

Lee juga berkata pelbagai langkah keselamatan inovatif yang dilakukan kerajaan akan memperkukuhkan keselamatan dan kedaulatan Sabah.

Sementara itu, Shamsudin berkata sebuah balai polis akan diwujudkan di Desa Kencana dekat Felda Sahabat dalam masa terdekat.

"Balai polis ini lebih dekat dengan perkampungan di Gugusan Labian dan Felda Sahabat," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan