PRU-13: Pembangkang Terdesak Tawar Habuan Kepada Bekas Wakil Rakyat - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan pakatan pembangkang menawarkan habuan kepada bekas wakil rakyat yang meninggalkan pakatan itu untuk menyertai mereka semula sebagai tindakan yang sangat terdesak.

Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datoh itu berkata pelbagai taktik kotor akan digunakan oleh pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-13 ini bagi mencapai cita-cita untuk memerintah negara.

"Perbuatan itu sama seperti menjilat ludah sendiri untuk menggunakan semula pengaruh bekas wakil rakyat untuk menyokong mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Bersama Pemimpin di Sungai Sumun di sini pada Isnin.

Beliau mengulas pendedahan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Zulkifli Nordin bahawa terdapat beberapa bekas pemimpin dan wakil rakyat yang keluar daripada pakatan pembangkang menerima ugutan dan ditawarkan habuan sekiranya mereka menyertai semula pakatan itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan, turut membidas pembangkang yang sering menuding jari kepada Umno sekiranya berlaku krisis dalaman yang membabitkan pemimpin mereka.

"Siapa lagi yang mereka nak salahkan. Mereka salahkan seteru atau musuh politik mereka sedangkan itu masalah dalaman mereka," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan