PRU-13: Mufti Kelantan Nasihat Rakyat Berkempen Secara Sihat

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihati umat Islam supaya melaksanakan tanggungjawab semasa berkempen pada pilihan raya umum ke-13 secara berhemah dan mengikut lunas-lunas Islam.

Katanya selain menjaga nama baik umat Islam, mereka juga perlu menjaga tata susila sebagai rakyat yang bertamadun dan matang dalam membuat pemilihan sesebuah kerajaan.

Beliau meminta masyarakat menolak kempen-kempen politik liar yang boleh menjejaskan keamanan negara kerana ia bertentangan dengan prinsip dan dasar Islam untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

"Kita jangan biarkan pilihan raya menjadi tragedi yang boleh menjejaskan kepada keamanan, bangsa dan negara," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini pada Ahad.

Mohamed Shukri juga mahu rakyat menyuburkan semangat demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan di negara ini dengan menghormati undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 20 April manakala hari pengundian pada 5 Mei.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan