PRU-13: Lagi Ketidaksepakatan Pembangkang Pilih Calon Di Johor

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor semakin lemah, dengan anggota dari kaum India kesal kerana dipinggirkan oleh pengerusi negeri itu, Datuk Dr Chua Jui Meng dan timbalan setiausaha Steven Choong.

Mereka berkata Chua dan Choong gagal memenuhi hasrat anggota akar umbi parti dalam memilih anggota kaum India sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

Pemangku penolong ketua bahagian Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Tebrau A. Prasad, mempersoalkan kesetiaan Chua terhadap PKR dan pemimpin tertinggi parti itu.

"Kami mahu tahu mengapa tiada seorang pun pemimpin India parti itu, terutama ketua bahagian Tebrau, K. Selvakumaran dipinggirkan sebagai calon bagi semua kerusi parlimen di negeri itu, kata Prasad. Beliau berkata tidak seperti Chua, Selvakumaran tidak menghilang atau kecewa dan sebaliknya menasihatkan kami supaya bersabar dan menyokong mana-mana calon PKR pada pilihan raya ini.

Anggota India parti itu juga berang terhadap kepimpinan negeri itu apabila PAS mengumumkan ketua sayap wanita Kongres Penyokong PAS, R. Kumutha Raman dipilih sebagai calon kerusi negeri Tiram baru-baru ini sedangkan PKR tidak menurunkan calon daripada kaum itu.

Prasad berkata Choong tidak sepatutnya dicalonkan untuk kerusi parlimen Tebrau memandangkan beliau ialah pengarah pilihan raya.

"Kami bekerja keras untuk jentera PKR Tebrau sejak lima tahun lepas bagi menyokong Selvakumaran sebagai calon parlimen Tebrau," katanya, dan menambah Selvakumaran merupakan calon boleh menang.

Beliau berkata Chua dan Choong wajar bertanggungjawab jika PKR kalah pada pilihan raya ini.

Ketua cawangan PKR Taman Daya S. Yogeswaran yang turut hadir, berkata anggota India parti itu akan mengadakan demonstrasi sebagai protes terhadap Chua dan Choong dalam tempoh terdekat jika mereka tidak menurunkan calon India.

"Kami juga akan menutup 10 bilik gerakan Tebrau dan berhenti berkempen sebagai protes pencalonan Choong di kawasan itu memandangkan beliau tidak berbuat apa-apa pun untuk penduduk di situ," katanya.

PKR belum mengumumkan calon untuk kerusi parlimen Pontian dan kerusi negeri Layang-layang dan Tenggaroh.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan