PRU-13: Ahli Parlimen Ketereh Tidak Gentar Hadapi Saingan

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Ahli Parlimen Ketereh dari parti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ab Aziz Ab Kadir berkata, beliau tidak gentar berhadapan untuk bersaing dengan mana-mana calon sekali pun pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ab Aziz berkata, beliau bersedia berhadapan dengan sesiapa pun kerana apa yang begitu penting bagi beliau adalah bertanding di bawah Pakatan Rakyat.

"Ia (persaingan) adalah antara orang dengan orang jadi sama sahaja, dan saya bertanding mewakili Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Konvoi Minda Evolusi Rempit Anak Muda Kelantan (Merak) bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Ketereh dekat sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada PRU-13, dikatakan bakal berhadapan dengan pihak lawannya dari Barisan Nasional (BN), sama ada Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa atau penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Ab Aziz menewaskan Annuar dengan majoriti 400 undi pada pilihan raya umum 2008 manakala Md Alwi merupakan Adun Kok Lanas di bawah Parlimen Ketereh yang kini disandang beliau.

Ab Aziz sekali menegaskan: "Sama ada Tan Sri Annuar atau Datuk Alwi (sekiranya benar akan bertanding di kerusi Parlimen Ketereh), bagi saya sama sahaja."

Penerimaan rakyat Ketereh terhadap PKR yang semakin baik dikatakan antara faktor mempengaruhi beliau begitu bersedia mempertahankan kerusi parlimen itu.

Ia diperakui oleh Ab Aziz sendiri yang menyifatkan penerimaan rakyat Ketereh terhadap PKR kini jauh lebih baik berbanding sewaktu pilihan raya umum 2008.

"Ada sesetengah pengundi (ketika itu) masih keliru dengan kita (PKR). Tetapi Alhamdulillah, sekarang tidak lagi begitu kerana mereka semakin menyokong kita.

"Saya yakin (pertahankan kerusi) pada pilihan raya umum kali ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan