Polis Kelantan Terima 39 Laporan Berkaitan Pilihan Raya

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Polis Kelantan menerima 39 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sejak hari pembubaran Parlimen pada 3 April lalu sehingga kini, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, kawasan kontinjen kelantan sedikit panas sejak hari pembubaran Parlimen apabila menerima laporan berkaitan kesalahan pilihan raya walaupun kempen belum pun bermula lagi.

"Kesalahan-kesalahan itu adalah seperti khianat, menurunkan, merosakkan dan membakar bendera, bergaduh, bertengkar, mengugut dan yang paling serius ialah seorang pernah ditetak oleh ahli keluarga sendiri yang juga dikaitkan dengan pilihan raya.

"Sebab itu kita kena bersedia dari sekarang. Secara keseluruhan, polis kontinjen Kelantan bersama yang lain sudah bersedia sepenuhnya untuk PRU-13. Semua persiapan sudah siap diatur," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Isnin.

Turut hadir ialah Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Khalid berkata, polis mengenal pasti sebanyak 80 kawasan panas atau 'hotspot' di 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Kelantan yang akan diberikan khusus sempena PRU-13.

"Kita akan memberi perhatian khusus pada kawasan ini kerana tidak mahu timbulkan kekecohan yang akan menakutkan orang ramai keluar mengundi," katanya.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan semua supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan 'fatwa' yang boleh mengelirukan dan meragukan kepada orang ramai.

"Fatwa-fatwa ini nanti akan dibincangkan di kedai kopi dan akan menimbulkan perbalahan dan pergaduhan antara masyarakat bukan sahaja di Kelantan malah di tempat-tempat lain.

"Saya juga menasihatkan calon-calon yang bertanding, penyokong-penyokong parti yang bertanding supaya terus mengikut nasihat pihak berkuasa dalam mereka menghadapi pilihan raya ini khususnya semasa tempoh berkempen nanti," katanya.

Beliau menambah, seramai kira-kira 2,000 anggota polis tambahan akan bertugas di Kelantan sepanjang PRU-13.

"Di kawasan 'hotspot' kemungkinan berlaku kekecohan yang lebih tinggi, maka memerlukan jumlah keanggotaan lebih ramai bagi memastikan kawasan-kawasan ini tidak tergugat.

"Ia juga bagi memastikan keselamatan orang ramai untuk keluar mengundi. Saya pada masa ini menasihatkan, jika ada yang melampau baru nanti dikenakan tindakan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan