Pengarah Kesihatan Negeri Diarah Pantau Doktor Palsu di Klinik Swasta - Liow

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Kesihatan negeri diarah menjalankan pemantauan dan siasatan ke atas klinik-klinik swasta di negeri masing-masing bagi memastikan tidak menggunakan perkhidmatan doktor palsu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata demikian mengulas tindakan polis menahan seorang pondan yang menyamar sebagai doktor perubatan semalam, dan lelaki itu juga dapati memperdayakan lima klinik swasta di sekitar daerah Melaka Tengah untuk bekerja dengan mereka secara sambilan.

Ketua Pengarah Kesihatan juga diarah menyiasat kes doktor palsu di Melaka itu dengan secepat mungkin, katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Ekspo I Want: Sihat Bersamamu' di sini Ahad.

Beliau berkata klinik swasta perlu memastikan doktor yang diambil bertugas mempunyai sijil yang diperakui oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

"MMC akan pastikan sama ada doktor itu berkelayakan atau tidak. Kita akan menyiasat siapa sebenarnya yang menyebabkan masalah ini," katanya. "Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar peraturan. Mereka juga akan berdepan dengan tindakan di bawah akta jenayah kerana membahayakan nyawa manusia," katanya.

Pada majlis tersebut, Liow berkata 'Ekspo I want: Sihat Bersamamu' merupakan penjenamaan semula kempen kesihatan kementerian itu yang bertujuan memupuk kesedaran kesihatan yang tinggi dalam kalangan masyarakat, yang akan dilaksanakan di enam lokasi di seluruh negara bermula hari ini di Taman Connaught, Cheras.

Beliau berkata program itu akan diselaraskan dengan kempen-kempen kesihatan kementerian yang sedia ada. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan