Operasi Daulat Diteruskan Sehingga Esscom Ambil Alih - Panglima Angkatan Tentera

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Operasi Daulat masih diteruskan sehingga penyeliaan dan pengawasan operasi itu diambil alih Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom), kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata ketika ini pegawai tentera daripada Esscom sedang membuat pembelajaran dan mendapatkan maklumat mengenai bagaimana Operasi Daulat dilaksanakan.

"Operasi Daulat ini diteruskan...akan diserahkan penyeliaan dan pengawasan operasi ini kepada Esscom secara berperingkat," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Zulkifeli berkata jumlah anggota tentera di Lahad Datu akan dikurangkan dan akan mengatur gerak mereka ke kawasan lain seperti Semporna dan Sandakan secara beransur-ansur.

"Semasa Operasi Daulat berlangsung, seramai 3,500 anggota tentera ditugaskan di sini dan pada hari ini, kira-kira 2,500 masih ditempatkan di sini. Begitu juga dengan kereta perisai, kita akan kurangkan perlahan-lahan," katanya.

Zulkifeli berkata beliau dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan meninjau tahap keselamatan di sekitar kawasan ini sebelum mengesyorkan kepada kerajaan bagi penyerahan rasmi Operasi Daulat kepada Esscom.

"Saya akan berbincang dengan Ketua Polis Negara dan kami bersama-sama akan membuat 'cadangan' kepada kerajaan mengenai perkara ini (syor penyerahan rasmi)," katanya sambil menambah satu perbarisan simbolik penamatan atau penyerahan rasmi operasi itu kepada Esscom akan diadakan.

Sementara itu, Zulkifeli berkata satu kem tetap akan diwujudkan di kawasan Felda Sahabat di sini dengan kerjasama Felda.

"Saya telah berbincang dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan telah mendapat persetujuan secara dasarnya bahawa kita akan bina satu kem tetap di sini. Saya dan Felda akan mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai untuk dirikan kem ini," katanya.

Mengenai Kampung Tanduo, antara lokasi pertempuran insiden pencerobohan pengganas Sulu, Zulkifeli berkata tentera masih berkawal di kawasan itu walaupun sudah tidak ada ancaman.

Mengenai Esscom, katanya penubuhan organisasi itu dilihat lebih fokus, struktur yang lebih mantap dan tersusun dan akan dapat menentukan kesinambungan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan