Ganti Nik Aziz: Yang Penting Ada Ciri Kepimpinan Cemerlang - Mustapa

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, untuk menjadi seorang pemimpin memerlukan ciri kepimpinan yang cemerlang dan bukannya hanya satu sifat sahaja.

Beliau berkata, diakui golongan ulama boleh memimpin tetapi apa yang berlaku di Kelantan pada masa ini, BN yakin boleh memberi kepimpinan lebih baik.

"Gabungan antara ulama dan umarak (pemimpin) itu kita mantapkan. Kita yakin ada barisan calon-calon mahu pun tokoh agama yang boleh kita tonjolkan.

"Yang pokoknya (penting) ialah memimpin negeri, buat perubahan, kemakmuran, perpaduan, dan saya akui agama itu penting tetapi bukan itu sahaja kerana banyak juga perkara lain," katanya pada sidang media di Pusat Media Barisan Nasional (BN) di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian pada Ahad bahawa PAS Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno negeri yang ada kini berkelayakan memimpin Kelantan, apatah lagi mahu menggantikan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dipetik sebagai berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan ulama yang luas.

Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata, tidak semestinya ulama boleh memimpin dengan baik atau mungkin boleh untuk memimpin tetapi apa yang dimahukan parti itu adalah kepimpinan yang cemerlang.

"Ini bukan satu perkara baru, itu merupakan bahan kempen (PAS) sejak tahun 90-an lagi sampai sekarang.

"Rakyat Kelantan pada hari ini sudah mula bangkit dan inginkan perubahan kerana rakyat Kelantan tahu dalam mana-mana pemimpin dalam organisasi pun memerlukan banyak sifat kepimpinan, bukan satu sahaja," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan