Dr Mahathir Wakili Malaysia Pada Upacara Pengebumian Thatcher

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mewakili kerajaan Malaysia pada upacara pengkebumian bekas Perdana Menteri Britain, Baroness Margaret Thatcher, Rabu ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata Dr Mahathir akan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke upacara pengkebumian di St Paul's Cathedral, London, United Kingdom, atas jemputan kerajaan Britain.

Pemilihan Dr Mahathir dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kedua-dua tokoh itu akan menyertai personaliti terkemuka antarabangsa yang lain bagi memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri wanita pertama Britain, yang memegang jawatan itu dari 1979 hingga 1990," katanya.

Dr Mahathir yang juga berkhidmat sebagai perdana menteri ketika itu, mempunyai hubungan yang erat dengan Thatcher, yang sekali gus memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan