Abdul Khalid Sah Bertanding Di DUN Pelabuhan Klang

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum kali ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu ceramah pakatan pembangkang di padang bola sepak AU2 Keramat, di sini malam Ahad.

Anwar berkata kerusi DUN Ijok yang disandang Abdul Khalid akan ditandingi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan kerusi Parlimen Gombak manakala Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Ampang.

Naib Presiden parti R. Sivarasa pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Subang, sementara dua muka baharu iaitu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Abdul Aziz Bari masing-masing akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan dan Sabak Bernam.

Menurut Anwar kerusi DUN Kota Damansara kekal ditandingi calon daripada Parti Sosialis Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan