10 Rumah Dilanda Ribut Di Segamat Akan Segera DiBaiki

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Lebih 10 buah rumah serta sebuah kedai sekitar daerah ini yang rosak dilanda ribut awal pagi Ahad akan segera dibaiki menerusi bantuan pelbagai agensi kerajaan.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kejadian berlaku selama setengah jam bermula kira-kira pukul 3 pagi menyebabkan banyak bumbung kediaman rosak selain ada yang dihempap pokok tumbang terutama di sekitar Pekan Jementah.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, kawasan lain yang turut dilanda ribut ialah sekitar bandar Segamat serta Batu Anam namun hanya membabitkan beberapa rumah.

"Di Jementah ribut berkenaan menyebabkan sebuah kedai serta enam rumah penduduk rosak dan secara keseluruhan ia membabitkan 50 penduduk.

"Setiap keluarga kerugian antara RM3,000 hingga RM4,000," katanya ketika melawat kawasan itu di pekan Jementah, di sini, Isnin.

Subramaniam yang juga penyandang kerusi Parlimen Segamat berkata, pihaknya kini sedang membuat penilaian mengenai kos kerosakan akibat ribut berkenaan sebelum sebarang bantuan dapat diberikan kepada mangsa.

Katanya, kerugian hanya membabitkan kerosakan bumbung yang diterbangkan angin kencang namun ia tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penduduk.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan